IKRAR PELAJAR
Bahawasanya
dan sesungguhnya saya …………………………kelas ……… Tahun ________
berikrar dengan
penuh ikhlas akan menjadikan diri
saya seorang pelajar
yang patuh
kepada Tuhan, dan peraturan sekolah untuk menjadikan diri saya
seorang pelajar
yang berjaya dan bersahsiah
terpuji.
Untuk
itu saya akan berusaha bersungguh-sungguh menghayati
dan mengamalkan prinsip-prinsip berikut:
1. Terus belajar dengan penuh iltizam dan
sanggup berkorban demi keagungan ilmu dan bangsa Malaysia yang berdaulat.
2. Menjadikan diri saya murid berdisiplin
dan bersahsiah baik serta tidak menimbulkan sebarang masalah kepada diri
sendiri,sekolah, masyarakat dan Negara .
3. Terus bekerjasama sepenuhnya untuk
menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1
sebuah sekolah yang bersih, ceria dan aman dari sebarang gangguan ,buli
dan vandalisme yang
boleh menjejaskan kualiti suasana
kondusif pembelajaran.
Terus
melibatkan diri dalam aktiviti
kokurikulum bagi menjadikan diri saya lebih sihat, cergas, cerdas dan
mempunyai daya tahan uji serta memiliki semangat waja sambil berusaha mendapat
nilai markah kokurikulum diri yang tertinggi, untuk menyokong permohonan ke
IPTA saya nanti.
5. Terus menjadikan diri saya insan yang
bertakwa, beriman, berilmu dan beramal untuk kejayaan di dunia dan akhirat
dengan menghayati nilai-nilai murni yang diterapkan oleh sekolah, keluarga dan
masyarakat.
Di sini
persekolahan saya bermula dan akan saya gunakan untuk persediaan diri belajar
menjadi manusia matang, berilmu yang kreatif,inovatif dan bertanggung jawab.
Tanda
tangan murid, Tanda tangan Ibu/ bapa,
Tanda tangan Guru Tingkatan
__________________ _____________________ __________________
Tarikh:- 4 JAN 2012
No comments:
Post a Comment