SUMBER DARI EMAIL.
Kisah ini diceritakan oleh seorang
ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima
panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
Klang, Selangor untuk menguruskan
jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut.
Di luar bilik mayat itu cukup dingin
dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan
seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan.
Saya membuka
dengan hati-hati penutup muka jenazah.
Kulitnya
putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah Maha
Berkuasa.
Tiba-tiba saya
lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam.
Mulanya saya
tidak menganggap ia sebagai aneh,
namun apabila
semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.
Saya terus
menatap perubahan itu dengan teliti,
sambil di hati
tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Detik demi
detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima
minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna.
Ketika itu
wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,
tetapi hitam
seperti terbakar.
Saya keluar
dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku
itu.
Pelbagai
pertanyaan timbul di kepala saya;
apakah yang
sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda
itu?
Mengapa
wajahnya bertukar hitam?
Persoalan demi
persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya
termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah
saya.
Satu lagi
pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri
di bilik mayat
pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir,
dan tidak lama
kemudian berdiri di hadapan saya.
Dia berusia
60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz,"
kata wanita itu.
"Saya
dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak
tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati
saya ada sedikit tanda tanya,
namun saya
membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.
Saya tarik laci
313 dan buka kain penutup wajahnya.
"Betulkah
ini mayat anak mak cik?"tanya saya.
"Mak cik
rasa betul... tapi kulitnya putih."
"Makcik
lihatlah betul-betul." kata saya.
Selepas
ditelitinya jenazah berkenaan,
wanita itu
begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya.
Saya tutup
kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan
membawa wanita
itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar
saya bertanya kepadanya.
"Mak cik,
ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku
sampai wajah
anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.
Wanita itu
tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.
Saya ulangi
pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.
Dia seperti menyembunyikan
sesuatu.
"Baiklah,
kalau mak cik tidak mahu beritahu,
saya tak mahu
uruskan jenazah anak mak cik ini. "
kata saya untuk
menggertaknya.
Bila saya
berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.
Sambil mengesat
airmata, dia berkata,
"Ustaz,
anak saya ni memang baik,
patuh dan taat
kepada saya.
Jika dikejutkan
di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,
dia akan bangun
dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.
Dia memang anak
yang baik.
Tapi..."
tambah wanita itu lagi
"apabila
makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,
Subuh misalnya,
dia mengamuk marahkan mak cik.
Kejutlah dia,
suruhlah dia pergi ke kedai,
dalam hujan
lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,
anak makcik ini
akan terus naik angin.
Itulah yang mak
cik kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu
memeranjatkan saya.
Teringat saya
kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,
maka akan
ditarik cahaya iman dari wajahnya.
Mungkin itulah
yang berlaku.
Wajah pemuda
itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,
malah diaibkan
dengan warna yang hitam.
Selepas
menceritakan perangai anaknya,
wanita tersebut
meminta diri untuk pulang.
Dia berjalan dengan pantas dan
hilang dalam persekitaran yang gelap.
Kemudian saya pun memandikan,
mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan
itu, saya kembali ke rumah semula.
Saya perlu
balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di
Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah
kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut.
Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,
saya hubungi saudara Allahyarham
yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri, saya
berkata,
"Encik, kenapa encik biarkan
orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.
Rasanya lebih elok kalau encik dan
keluarga encik yang datang
sebab encik tinggal di Kuala Lumpur
lebih dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya
itu menyebabkan dia terkejut,
"Orang tua
mana pula?" katanya.
Saya ceritakan
tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,
wajahnya,tuturannya
serta pakaiannya.
"Kalau
wanita itu yang ustaz katakan,
perempuan itu
adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"
Saya terpaku,
tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.
Jadi 'apakah'
yang datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun
wanita itu dalam erti kata sebenarnya,
saya yakin ia
adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya
telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.
Peristiwa
tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan
saya kepada sebuah hadis nabi,
yang bermaksud
bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,
dia akan
ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.
Bayangkanlah
seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat
bersamaan
dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?