SMK Zon R1 Wangsa Maju

Selamat Datang ke Blog SMK Zon R1,

Wangsa Maju

Welcome to Blog SMK Zon R1,

Wangsa Maju

Thursday 29 March 2012

Ikrar Pelajar



IKRAR PELAJAR
Bahawasanya dan sesungguhnya saya …………………………kelas ……… Tahun ________
berikrar  dengan  penuh  ikhlas akan menjadikan diri saya seorang pelajar
yang patuh kepada Tuhan, dan peraturan sekolah untuk menjadikan diri saya
seorang  pelajar   yang   berjaya dan bersahsiah terpuji.
 Untuk  itu  saya   akan berusaha bersungguh-sungguh menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip berikut:
1.         Terus belajar dengan penuh iltizam dan sanggup berkorban demi keagungan ilmu dan bangsa Malaysia yang berdaulat.
2.         Menjadikan diri saya murid berdisiplin dan bersahsiah baik serta tidak menimbulkan sebarang masalah kepada diri sendiri,sekolah, masyarakat dan Negara .
3.         Terus bekerjasama sepenuhnya untuk menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Zon R1  sebuah sekolah yang bersih, ceria dan aman dari sebarang gangguan ,buli dan  vandalisme   yang   boleh  menjejaskan kualiti suasana kondusif pembelajaran.
Terus melibatkan  diri dalam aktiviti kokurikulum  bagi menjadikan  diri saya lebih sihat, cergas, cerdas dan mempunyai daya tahan uji serta memiliki semangat waja sambil berusaha mendapat nilai markah kokurikulum diri yang tertinggi, untuk menyokong permohonan ke IPTA  saya nanti.
5.         Terus menjadikan diri saya insan yang bertakwa, beriman, berilmu dan beramal untuk kejayaan di dunia dan akhirat dengan menghayati nilai-nilai murni yang diterapkan oleh sekolah, keluarga dan masyarakat. 
Di sini persekolahan saya bermula dan akan saya gunakan untuk persediaan diri belajar menjadi manusia matang, berilmu yang kreatif,inovatif dan bertanggung jawab.

Tanda tangan murid,         Tanda tangan Ibu/ bapa,              Tanda tangan Guru Tingkatan         

__________________                _____________________                 __________________
Tarikh:-  4 JAN 2012

No comments:

Post a Comment